fbpx

Ambang Tahun Baharu: 131 mat motor diperiksa, 82 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 82 keping saman dikeluarkan menerusi Operasi Khas Motorsikal yang dilaksanakan di Jalan Ampang dan Bukit Ampang, Ampang Jaya, kelmarin.

AMPANG JAYA – Sebanyak 82 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam dua Operasi Khas Motosikal di Jalan Ampang dan Bukit Ampang kelmarin.

Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu yang sah, mengubah suai kenderaan serta nombor pendaftaran dan cermin sisi tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi tersebut dilaksanakan pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.

Ujarnya, pelaksanaan operasi itu bertujuan mengekang pemanduan secara berbahaya dalam kalangan orang muda dan membanteras perbuatan ubah suai motosikal yang mengundang gangguan bunyi kepada penduduk setempat.

“Seramai 131 individu diperiksa dalam operasi ini dan sembilan kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, tiga individu berusia 40 hingga 70 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Mabuk di Jalan Pandan Indah

Mereka dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Ujian nafas menggunakan Evidential Breath Analyzer II (EBA II) mendapati kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan.

“Mereka boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda maksimum RM 30,000. Selain itu, lesen memandu mereka juga akan digantung sehingga dua tahun,” katanya.

Orang awam diingatkan supaya tidak memandu atau menunggang kenderaan semasa berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ini kerana perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI