fbpx

Aishwarya, Abhishek tidur berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA RAI dan suaminya, Abhishek Bachchan.

SELEPAS kecoh dihebahkan dengan khabar angin keberantakan rumah tangga, terbaharu aktres Ashwarya Rai didakwa berusaha menjarakkan hubungan dengan suaminya, Abhishek Bachchan.

Biarpun masih sebumbung, pasangan terbabit dikatakan sudah tidak lagi seperti dahulu apabila tidur di bilik berasingan.

Mereka sebelum ini serumah dengan Amitabh Bachchan, tetapi mengambil keputusan berpindah selepas kakak Abhishek kembali tinggal di kediaman sama dengan mereka.

Sumber mendedahkan, konflik dalaman mereka tidaklah sampai menuju ke arah perceraian, hakikatnya hubungan pasangan itu seperti tidak lagi dapat diselamatkan.

Pemegang gelaran Miss World 1994 itu dilaporkan bertahan hanya demi anak tunggal mereka, Aaradhya Bachchan yang baru berusia 12 tahun.

Kemelut dalam perkahwinan Aishwarya dengan anak kepada Amitabh itu sudah lama diperkatakan tetapi sehingga hari ini mereka masih bersama walaupun jarang menghadiri majlis rasmi berdua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI