fbpx

[VIDEO] Kita mesti kerja lebih kuat, gigih di tahun 2024 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini berkata, kerajaan bertekad untuk bekerja lebih kuat dan gigih sempena Tahun Baharu 2024.

Anwar berkata, walaupun terdapat beberapa kejayaan telah dicapai dalam tempoh singkat, beliau tidak lekas berpuas hati.

“Saya tidak lekas berpuas hati meski kita menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh yang singkat seperti penurunan inflasi ke tahap 2 peratus serta kadar pengangguran yang terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada 4 peratus.

“Namun, ukuran sebenar adalah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Mungkin peratus rendah, tetapi bagi yang tertekan dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook berserta video ucapannya sempena kedatangan Tahun Baharu 2024 menerusi Facebook, sebentar tadi.

Anwar menjelaskan, situasi ketidaktentuan sebelum ini adalah panduan terbaik untuk bekerja sebagai satu pasukan.

“Suasana ketidaktentuan di beberapa tahun ke belakang adalah pedoman terbaik bahawa kita harus bekerja sebagai satu pasukan berlanjutan daripada asas politik yang kukuh.

“Ini hanyalah mukadimah kepada jalan panjang ke arah reformasi, dan kita semestinya tidak boleh terpukau kerana jika tidak, kita akan lena,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI