fbpx

Tiga ‘superman’ Jempol direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga remaja yang melakukan aksi 'superman' serta menunggang secara melulu dan berbahaya di Jalan Bahau-Kemayan, di sini, malam tadi direman selama empat hari bermula hari ini. -IHSAN POLIS

JEMPOL – Tiga remaja yang melakukan aksi ‘superman’ serta menunggang secara melulu dan berbahaya di Jalan Bahau-Kemayan di sini malam tadi direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesemua remaja berusia 18 tahun itu ditahan dalam satu operasi Op Samseng Jalanan telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Menurutnya, kesemua remaja berkenaan dikesan melakukan aksi meniarap di atas tempat duduk dengan kaki lurus ke belakang (superman).

Malah tambahnya, mereka juga menduga kelajuan dan bersaing sesama sendiri bermula dari KM 10 Jalan Bahau-Kemayan menghala ke arah Mahsan dan kemudiannya berpatah balik ke arah Bandar Seri Jempol sehingga sejauh sembilan kilometer.

“Suspek telah ditahan dan di bawa ke IPD Jempol untuk siasatan lanjut. Perintah reman keatas ketiga-tiga remaja tersebut selama empat hari telah dijalankan dihadapan Majistret Mahkamah Bahau,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI