fbpx

Selangor, Pahang antara negeri diramal ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda lapan negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran) dan Selangor (Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Dalam hantaran yang sama, cuaca buruk diramalkan berlaku di Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut diramal mengalami hujan lebat.

“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan,” katanya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut menerima cuaca sama di Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI