fbpx

Ryan Bakery nekad pulangkan bayaran ‘jenama diboikot’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYAN BAKERY

PETALING JAYA – Enggan makan duit tidak berkat, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery memilih untuk memulangkan bayaran memmbabitkan kempen jenama produk diboikot atas solidariti terhadap rakyat Palestin.

Jelas pemilik nama penuh Muhammad Ryan Fahmi Bakery itu, dia sedikitpun tidak ralat mahupun berasa rugi untuk berbuat demikian kerana memikirkan penderitaan lebih perit ditanggung saudara seagama di Gaza.

“Sebelum ini saya ada terima ‘job’ dari jenama produk diboikot dan ada yang masih mempunyai baki perlu selesaikan. Saya akui perkara ini membuatkan saya resah, duit sudah digunakan sebab tugas sudah lama disiapkan.

“Sesebuah kempen ada durasi serta tarikh tertentu yang menuntut saya memuat naik kandungan bagi produk tersebut. Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘potong’, sebab faham perkara ini terlalu sensitif.

“Jujurnya, apa yang berkenaan produk diboikot, saya terpaksa ‘potong’, yang mana sudah dikeluarkan, saya biarkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pensohor berusia 28 tahun itu percaya keberkatan dalam setiap pekerjaan itu lebih penting daripada wang ringgit yang bersifat sementara.

“Saya yakin dengan rezeki Allah. Saya tiada rasa ragu-ragu dan maklumkan pada pihak pengurusan, Indigital Music mengenai pendirian saya.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, pelanggan juga memahami dan perbincangan antara saya bersama mereka berjalan lancar.

“Bagi saya, keberkatan dalam pekerjaaan sangat penting dan kalau boleh say elakkan perkara melibatkan barangan Israel.

“Dulu memang saya kurang cakna, sekarang apabila saya tahu, barulah saya mula buka mata dan faham,” ujarnya panjang lebar.

Sebelum ini kecoh dalam media sosial apabila segelintir pelakon dan pempengaruh media sosial seperti Dini Schatzmann, Imran Aqil, Syamimia dan ramai lagi giat mempromosikan barangan yang ada kaitan dengan Israel.

Susulan itu, mereka dikecam netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakan sebegitu seolah-olah menyokong kezaliman dan kebulur wang ringgit sehingga sanggup mengetepikan rasa empati terhadap isu kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI