fbpx

Pelanggan berlapar ‘rider’ larikan wang RM55

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syaf terpaksa membatalkan pesanan selepas wangnya dilarikan. - Stomp

SINGAPURA – Seorang pelanggan sebuah aplikasi penghantaran makanan di Singapura tergamam apabila wangnya dilarikan penghantar makanan selepas membuat pesanan menggunakan platform tersebut, lapor portal berita Asiaone.

Lelaki bernama Syaf itu berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu.

Dia memesan makanan dari sebuah restoran makanan India di Bishan dan memilih kaedah bayaran menggunakan wang tunai.

“Saya menunggu lebih sejam, namun tiada sesiapa menghantar makanan saya. Saya terpaksa membatalkan tempahan dan memesan makanan dari McDonald’s berhampiran rumah.

“Beberapa minit kemudian, seorang penghantar makanan tiba dan membawa makanan dari kedai India tersebut. Saya memberitahunya bahawa saya telah membatalkan tempahan dan memesan makanan lain.

“Pekerja itu merayu kerana tidak mendapat keuntungan selepas bekerja dalam hujan. Selepas memberinya wang sebanyak SGD$16 (RM55), dia berjanji untuk menghantar McDonald’s yang saya pesan,” katanya.

Bagaimanapun, penghantar makanan itu tidak kembali ke rumah Syaf selepas dia menunggu selama lebih sejam. 

Susulan kejadian itu, lelaki tersebut meminta bantuan orang ramai untuk mengesan penghantar makanan berkenaan selepas pihak pengurusan syarikat tersebut mendakwa bahawa mereka gagal menghubunginya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI