fbpx

Lelaki Indonesia didakwa bunuh kakak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAID dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh kakaknya, minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kakak kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh, Said Afendi, 24, faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Khalida Farhana Abu Bakar, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh kakaknya, Syarifah Ilawati, 42, yang juga warga Indonesia, di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, kira-kira pukul 2 pagi, 24 Disember lalu.

Bagi perbuatan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Siti Fatimah tidak mencadangkan sebarang jaminan selain turut memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari depan bagi sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI