fbpx

Keluarga guna khidmat 10 bomoh bantu cari Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Mira Sharmila Samsusah (belakang) yang dilaporkan hilang sejak 16 hari lalu ketika bersama kakaknya Norisham sebelum ini.

BATU PAHAT – Kehilangan wanita ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 34, sejak 14 Disember lalu bukan sekadar dirindui oleh anak-anaknya namun turut memberikan kesan kepada ibunya serta ekonomi keluarga itu.

Kakaknya, Norisham Samsusah, 36, berkata, ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 50an kini sakit kerana terlalu bimbangkan keselamatan anak bongsu daripada dua beradik itu.

Katanya, selepas mengetahui kehilangan wanita beranak dua yang lebih dikenali sebagai Bella itu, ibunya tidak membuka perniagaan kerana tiada orang yang boleh membantu selain memikirkan tentang kehilangan anaknya.

“Ibu menjual sarapan pagi serta makan tengah hari, namun sejak 15 Disember lalu sudah tidak berniaga menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan.

“Saya pula tidak boleh membantu kerana selain perlu menguruskan anak-anak namun turut perlu menjaga dua orang anak Bella yang berusia empat dan satu tahun itu,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Norisham lagi, harapan keluarganya seakan musnah apabila lelaki terakhir bersama Bella yang berusia 24 tahun itu dibebaskan selepas ditahan reman oleh polis sejak 25 Disember lalu.

Ujarnya, ibunya juga mendapatkan khidmat lebih daripada 10 orang untuk membantu mencari mengikut kaedah Islam namun turut gagal memberikan gambaran dimana kedudukan Bella.

“Tolonglah kembalikan Bella kepada kami, kasihan tengok ibu yang kini hanya suka mendiamkan diri kerana tertekan dengan kehilangan anaknya itu.

“Kami tidak akan mengambil tindakan apa-apa asalkan Bella dikembalikan dengan selamat oleh siapa pun yang ‘mengambil, menyorok, atau menyimpan’ Bella, biarlah urusan itu antara mereka dengan Allah satu hari nanti,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI