fbpx

Forest sedarkan Man. United daripada ‘lamunan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN United, Bruno Fernandes (kiri) gagal memastikan kemenangan pasukannya apabia tewas 1-2 kepada Forest di City Ground awal pagi tadi. - AFP

NOTTINGHAM – Sekalipun tewas 1-2 kepada Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, namun pengurus Manchester United, Erik Ten Hag masih percaya beliau adalah pengendali paling tepat untuk mengetuai pasukan itu.

Di sebalik prestasi buruk dipamerkan The Red Devils, Ten Hag juga yakin beliau mampu memberi keyakinan kepadapara peminat dan kini sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan Sir Jim Ratcliffe.

“Mereka mengenali saya dan mereka juga tahu sekiranya saya memiliki skuad terbaik, sudah pasti keputusan baik juga akan hadir. Kami sudah membuktikan ketika menentang pasukan teratas dan kami sebenarnya mampu bersaing.

“Saya yakin dan percaya kami mampu meningkatkan mutu pasukan serta tampil lebih konsisten. Ini adalah sebahagian daripada projek, perlu melangkah lebih baik dan pastinya saya yang akan memimpin pasukan untuk melaksanakan semua proses itu,” katanya.

Dalam aksi di City Ground itu, Forest terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nicolas Dominguez pada minit ke-64 sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan buat United berselang 14 minit kemudian.

Bagaimanapun, United terpaksa akur pulang ke Manchester dengan tangan kosong selepas Morgan Gibbs-White meledak gol kemenangan Forest pada minit ke-82.

Kekalahan itu tentunya sukar diterima oleh para peminat tegar United yang sebelum ini riuh bersorak susulan kebangkitan dramatik ketika mencatat kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.

Bagi Forest, ia adalah satu keputusan yang cukup membanggakan kerana itu adalah kemenangan kedua berturut-turut selepas terdahulu menewaskan Newcastle United 3-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI