fbpx

Empat kematian akibat Covid-19 di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Empat kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 17 hingga 23 Disember lalu untuk Minggu Epidemiologi 51.

Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak tiga kes dilaporkan di Kuching manakala satu kes lagi direkodkan di Miri.

Setakat ini jumlah kematian akibat virus tersebut adalah sebanyak 13 kes pada tahun ini.

“Semasa Minggu Epidemiologi 51 (17 hingga 23 Disember), kita merekodkan sebanyak 942 kes, peningkatan sebanyak 311 kes atau 49.29 peratus.

“Dalam minggu Epidemiologi sebelumnya, kita mencatatkan sebanyak 631 kes,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Uggah berkata, terdapat tanda-tanda kes Covid-19 kembali aktif dengan subvarian HK.3 dan JN.1 kini dikesan di negeri ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI