fbpx

Dee pilih lelaki jujur, guna puisi luah perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEE suka lelaki lemah lembut dalam komunikasi dan setia.

Kehilangan orang tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam pada sesiapa sahaja, begitu juga buat gadis Pesona Ahad minggu ini, Dina Khairina Khairunnizam, 18, atau lebih dikenali dengan panggilan Dee.

Anak kedua daripada empat beradik ini kehilangan datuk tersayang dan lebih menyedihkan apabila menyedari kurangnya momen indah bersama lelaki berkenaan untuk dijadikan kenangan.

Kepada Kosmo! Ahad, Dee yang juga seorang pempengaruh berkongsi minatnya menulis puisi dan menegaskan seorang wanita tidak hanya cantik di luar tetapi memiliki hati yang bersih.

Kosmo! Ahad: Ceritakan tentang diri Dee?
DEE: Walaupun aktif di media sosial, saya seorang introvert yang suka berdiam diri dalam kalangan ramai. Sifat lurus dan people pleaser membuat saya sukar untuk mengatakan tidak. Dunia buku dan menulis puisi memberi saya keselesaan untuk menyuarakan diri tanpa perlu bersuara. Menulis memberikan ketenangan dan memudahkan saya merumuskan perasaan.

Bagaimana Dee boleh ­dikenali ramai?
Semuanya bermula selepassaya memuat naik gambar dan video bersama seorang YouTuber terkenal Indonesia iaitu Fadly Ritz atau lebih dikenali Mr. Pudidi. Sehingga kini saya menjana pendapatan daripada ulasan produk.

Dikatakan seiras Mia Sara, Dee selesa dikaitkan?
Sekali imbas mungkin kami kelihatan sama. Kami berdua memang berkawan, jadi saya agak tersinggung bila orang membandingkan kami berdua sama ada baik atau buruk.

Kongsi rahsia kecantikan?
Pakai set penjagaan kulit, alat solek yang berkualiti dan makan vitamin seperti minyak ikan. Yang penting, jangan tidur de­ngan solekan.

Kehilangan yang sukar dilupakan?
Selepas pemergian datuk, saya mengalami tekanan emosi, tidak makan dan akhirnya terpaksa menerima rawatan di hospital kerana gastrik. Saya sedih apabila menyedari kurang kenangan dengan datuk termasuk gambar dan video.

Pengajaran berharga pentingnya meluang­kan masa bersama orang tersayang dan merakam kenangan kerana satu hari nanti yang tinggal hanyalah gambar.

Ciri-ciri lelaki idaman Dee?
Seorang yang memahami, lemah lembut dalam komunikasi, jujur, setia, memiliki matlamat hidup, menghormati ibu bapa, berasal dari keluarga baik dan yang paling penting, tidak kasar. Saya berhasrat berkahwin selewat-lewatnya pada usia 23 tahun.

Adakah influencer perlu cantik?
Kecantikan adalah subjektif dan lebih terserlah melalui ilmu yang luas, peribadi baik dan sopan. Kecantikan luaran tidak bermakna jika hati dipenuhi dengan rasa iri dan negatif.

Dalam konteks influencer, kejujuran dan keikhlasan dalam berkongsi pengalaman atau mempromosikan produk sangat penting. Selain itu, mempunyai kandungan berkualiti yang boleh mempengaruhi orang di luar sana adalah elemen penting.

Kecoh wanita tidak ­pandai siang ikan, pandangan Dee?
Tidak mengapa kita tidak tahu memasak kerana boleh belajar di YouTube dan TikTok. Perkahwinan ini ­memerlukan komitmen dalam mengekalkan hubungan dan memperbaiki diri antara dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI