fbpx

Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 1,587

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir malam ini mencatatkan penurunan dengan seramai 1,587 orang di tiga buah negeri iaitu di Kelantan, Pahang dan Johor.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 8 malam ini, sebanyak 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif.

Angka kematian akibat bencana banjir pula kekal tiga orang iaitu seorang di Kota Bharu dan dua orang di Pasir Mas, Kelantan.

“Setakat pukul 8 malam, mangsa banjir di Kelantan adalah seramai 1,587 orang membabitkan 481 keluarga.

“Sementara itu, di Pahang, mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 121 orang melibatkan 28 keluarga.

“Dalam pada itu, seramai 54 mangsa banjir dilaporkan di Johor melibatkan 14 keluarga,” katanya.

Laporan Harian Bencana Nadma turut memberitahu, daerah terlibat bencana banjir di Kelantan setakat pukul 8 malam ini ialah Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tumpat.

Seterusnya, banjir juga berlaku di Cameron Highlands, Pahang, manakala Johor di daerah Segamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI