fbpx

Banjir: 53 sekolah Terengganu terjejas, kerugian RM340,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan sedang membersihkan SK Sungai Las, Setiu yang terjejas banjir hari ini.

SETIU – Sebanyak 53 sekolah di seluruh Terengganu telah dikenalpasti mengalami kerosakan akibat bencana banjir sepanjang musim tengkujuh ini melibatkan kerugian kira-kira RM340,000.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, kerugian tersebut merangkumi kerosakan perabot dan bangunan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) telah memohon peruntukan bagi membaik pulih kerosakan tersebut secepat mungkin.

“Begitupun, kerosakan akibat banjir itu tidak akan mengangggu sesi persekolahan (yang dibuka semula lusa) kerana sekolah terlibat mempunyai bilik alternatif untuk terus beroperasi,” katanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Las di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shafruddin memberitahu semua pengarah jabatan pendidikan negeri terjejas banjir mengenalpasti dan memantau calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berisiko terjejas banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI