fbpx

Banjir: 11 lagi PPS ditutup, mangsa di Kelantan turun 3,593 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Jeli 1, Jeli pagi tadi sebelum pusat pemindahan itu ditutup sepenuhnya pada pukul 2 petang ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 3,593 orang berbanding 9,387 orang pada pagi tadi dengan 11 buah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 4 petang tadi, jumlah itu mencatatkan pengurangan sebanyak 5,794 orang.

Menurutnya, 11 buah PPS yang ditutup itu melibatkan pusat pemindahan di Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.

“Dua PPS di Jeli iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah dan SK Jeli 1 ditutup sepenuhnya pada pukul 2 petang tadi.

“Setakat ini, 3,593 mangsa banjir yang terjejas terdiri daripada 1,145 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Pasir Mas kekal mencatatkan bilangan mangsa yang paling ramai dengan 2,093 orang, Tumpat (1,469) dan Kuala Krai (31).

Katanya, Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan paras bahaya, namun ia menunjukkan trend menurun.

“Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai dan Kusial, Tanah Merah masih berada tahap amaran.

“Selain itu, Sungai Pergau di Jeli, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) mencatatkan bacaan normal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI