fbpx

BAM belum sedia bida ‘Piala Dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENNY menjelaskan pihaknya belum berhasrat untuk membida hak penganjuran Piala Thomas/Uber 2026.

PERSATUAN Badminton ­Malaysia (BAM) masih belum memasang hajat melakukan bidaan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi mendapatkan hak sebagai ­penganjur saingan Piala Thomas­/Uber 2026.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menjelaskan, badan induk itu akan membuat penilaian terlebih dahulu berhubung perkara tersebut kerana masih belum ada negara yang tampil melakukan bidaan.

Memandangkan masih belum ada negara yang tampil bagi membida hak penganjuran Piala Thomas/Uber 2026, BWF mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh bidaan sehingga 1 Februari depan.

“Buat masa ini, BAM tidak berhasrat lagi untuk melakukan bidaaan bagi menjadi tuan rumah Piala Thomas/Uber 2026. Bagaimanapun, kita ­tunggu dan lihat terlebih dahulu,” kata Kenny yang juga Ahli Majlis BWF.

Beliau turut menyuarakan pandangan bahawa BWF sepatutnya membuat peni­laian semula berhubung model ­penganjuran kejohanan itu kerana gagal menarik minat negara-negara lain untuk melakukan bidaan.

Justeru, beliau mencadang­kan badan induk badminton dunia itu supaya melakukan perbincangan dalaman bagi mencari jalan untuk menambah baik model penganjuran kejohanan tersebut.

“Sebelum saya cakap sama ada Malaysia perlu bida atau tidak, BWF perlu untuk lihat dan membuat penilaian semula terhadap model penganjuran kerana masih tidak ada orang tampil melakukan bidaan.

“Saya fikir ia (model penganjuran) tidak menarik, jadi BWF perlu melakukan perbincangan secara dalaman bersama Ahli Majlis,” ujarnya.

Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah saingan Piala Thomas yang dianggap sebagai Piala Dunia badminton itu sebanyak enam kali ketika menganjurkan edisi 1970, 1984, 1988, 1992, 2000 dan 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI