fbpx

K2

ALGORITMA 2023: 5 peristiwa paling tragis, memilukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selain nahas pesawat yang terhempas di atas jalan di Elmina, berikut lima lagi tragedi tragis selain jenayah kejam

1- 10 sekeluarga korban kepala air Jeram Mawar

Kegembiraan sembilan beranak dan seorang bakal menantu berkhemah di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu sempena cuti sekolah bertukar tragedi apabila mereka dihanyutkan arus deras akibat kepala air pada 1 Julai lalu. Bagaimanapun, kejadian itu hanya diketahui tengah hari keesokan harinya apabila penduduk menemui dua mayat, kereta Proton Gen 2 dan sebuah motosikal yang dihanyutkan arus.
Mayat Azizah Eiyi, 40, ditemui terapung 24 kilometer dari lokasi mereka berkelah, manakala mayat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal ditemui tersangkut pada batang pokok. Lapan lagi mangsa ialah suami Azizah enam anak mereka dan tunang anak perempuan mereka, Muhammad Fikri Saliman, 24.

2- Zayn Rayyan dibunuh kejam

Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya dibuang di kawasan anak sungai 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.
Kehilangan disedari pada pukul 12.10 tengah hari, 5 Disember lalu. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa. Kes turut dikaitkan dengan serangan seksual.
Berita pembunuhan kanak-kanak itu memilukan seluruh rakyat Malaysia.
Buat masa ini, penyiasatan masih dijalankan dan pembunuh kanak-kanak itu belum dapat dikesan.

3- 6 beranak maut kemalangan

Suasana pilu menyelubungi lokasi nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan di Segamat, Johor apabila enam beranak maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan pada 1 September lalu.
Dalam kejadian pukul 6.37 petang itu, suami isteri bersama empat anak mereka meninggal dunia. Satu-satunya anak pasangan itu, Abdullah Amir Ruddin, 15, terselamat dalam nahas ngeri tersebut. Seorang lagi anak mereka yang berusia 19 tahun tidak ikut serta kerana bekerja.

4- Empat beradik maut kebakaran di bulan Ramadan

Hajat seorang ibu yang meninggalkan kesemua anaknya di kediaman demi keluar mencari kelengkapan berbuka puasa berakhir tragedi apabila empat beradik itu ditemui meninggal dunia dalam kebakaran pada 29 Mac lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.49 malam itu, mangsa berusia antara lapan hingga tiga tahun maut selepas kediaman dihuni terbakar di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, Muar, Johor.
Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd. Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemui dalam bilik air di bahagian dapur.
Bapa mereka pula ketika itu sedang bekerja.

5- Hawari hilang di puncak Everest

Seorang pendaki Malaysia Everest 2023 yang merupakan kelainan upaya pekak, Muhammad Hawari Hashim dilaporkan hilang selepas berjaya menakluk puncak gunung tertinggi dunia itu pada 19 Mei lalu.
Hingga kini, Muhammad Hawari masih belum ditemui.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI