fbpx

23 terkorban dalam serangan udara Israel di timur Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Israel melakukan pengawasan di Dataran Tinggi Golan berhampiran sempadan Syria pada Khamis lalu. - AFP

DAMSYIK, Syria – Sekurang-kurangnya 23 anggota pejuang pro-Iran maut selepas timur Syria dibedil beberapa serangan udara yang didakwa dilakukan oleh askar Israel semalam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, mereka terdiri daripada lima rakyat Syria, empat anggota kumpulan Hizbollah dari Lebanon, enam warga Iraq dan lapan warga Iran.

Sekurang-kurangnya sembilan serangan udara dilaporkan berlaku sebelum waktu subuh semalam di lokasi tersebut yang berhampiran dengan sempadan Iraq.

SOHR pada awalnya berkata, serangan itu dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum mendakwa bahawa ia adalah angkara Israel.

Seorang pegawai tentera AS yang identitinya enggan  didedahkan berkata: “Washington tidak melakukan sebarang serangan pertahanan semalaman.”

Tambah SOHR, serangan itu menyasarkan kedudukan tentera di bandar Albu Kamal dan wilayah Deir Ezzor, manakala penghantaran senjata dari Iraq dan sebuah gudang peluru juga terkena serangan.

Sepanjang lebih sedekad perang saudara di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara dengan menyasarkan tentera yang disokong Iran termasuk pejuang Hizbollah serta kedudukan tentera Syria.

Serangan Israel dilaporkan meningkat selepas berperang dengan kumpulan Hamas di Gaza sejak 7 Oktober lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI