fbpx

Wanita lamar, kahwini pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samantha bersama suaminya yang mengasuhnya ketika kecil. - TikTok

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita dikritik orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia berkahwin dengan seorang lelaki yang menjadi pengasuhnya ketika zaman kanak-kanak, lapor akhbar New York Post semalam.

Samantha Gizzle, 29, berdepan pelbagai reaksi di media sosial selepas berkongsi hantaran perkahwinan dia dan suaminya yang mempunyai jarak usia 15 tahun.

Sekeping  gambar yang dikongsi di media sosial memaparkan pasangan itu ketika berkahwin. Gambar kedua pula menunjukkan Samantha ketika dia berumur empat tahun, manakala usia suaminya ketika itu pula adalah 19 tahun.

“Saya gembira kita dapat melihat perbezaan usia dan memasuki fasa baharu kehidupan bersama-sama.

“Anda membuat saya bahagia, senyum, ketawa dan semakin menyayangi anda. Saya berharap dapat memberikan  yang terbaik untuk keluarga kita pada masa hadapan,” tulisnya. 

Samantha menepis tohmahan sebilangan netizen bahawa dia menjadi mangsa ‘child grooming’ oleh suaminya.

“Saya yang melamar dia. Dia tidak bersalah kerana saya yang mahu mengahwininya,”  kata Samantha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI