fbpx

[VIDEO] Toto, cadar banjir mula dilelong serendah RM10 di Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok memaparkan cadar dan toto banjir mula dilelong di Rantau Panjang.

PETALING JAYA – Peniaga alatan rumah dilihat mula melelong barangan jualan yang terkesan akibat banjir di Rantau Panjang setelah keadaan mulai kelihatan pulih.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @siti.schua, para penduduk dilihat tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan barangan seperti toto dan cadar yang dijual serendah RM10.

Selain itu terdapat juga beberapa barangan lain yang dijual iaitu sejadah, karpet, bantal, sarung tilam dan banyak lagi.

Kelihatan semua barangan dilonggokkan dihadapan kedai kerana ada diantaranya sudah basah dan kotor akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Untuk rekod, lelongan barangan peralatan rumah pernah dibuat pada tahun-tahun sebelum ini dan boleh diibaratkan seperti acara tahunan setiap kali selepas musim banjir.

Walau bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada yang pernah ‘terkena’ dan tidak mendapat harga lelongan yang sepatutnya apabila pergi ke kedai tersebut.

“Serik pergi. Harga sama je. Dahlah jauh datang dari Kuala Lumpur. Nasiblah sekali jalan sebab ada kerja je,” komen Acik Mok.

“Pernah pergi tahun lepas dekat kedai-kedai tepi jalan tu. Kata lelong, tapi sekali pergi ambil dia ‘kaw-kaw’ dia bagi harga. Serik dah,” komen Miss Rina.

“Lelong-lelong lepas tanya harga terkejut kita. Pergilah kalau nak cuba, kita dah kena banyak kali dah,” komen Yenn pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 205,300 tontonan, 3,306 tanda suka dan 1,703 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@siti.schua Cepat serbu sebelum habis #banjirrantaupanjang #banjir2023 #rantaupanjang ♬ Move Your Body (Alan Walker Remix) – Sia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI