fbpx

[VIDEO] Kanak-kanak Palestin kelaparan, berebut saki-baki nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan kanak-kanak Palestin berebut butiran nasi yang masih tertinggal di dalam periuk.

PETALING JAYA – Setiap cebisan dan saki-baki makanan, tetap rezeki. Itu mungkin dapat digambarkan situasi dihadapi ketika konflik di Palestin ketika ini apabila kanak-kanak kelaparan berusaha mengaup butiran nasi yang masih tertinggal di dalam periuk.

Menerusi video di Instagram dikongsikan oleh Mohammed Elhelo iaitu jurugambar dan pencipta kandungan di Gaza, ia memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak berebut butiran nasi tersebut dengan mengaupnya menggunakan tangan.

Difahamkan, nasi tersebut disediakan pihak sukarelawan dan berikutan jumlah penduduk yang ramai, mereka perlu berebut-rebut untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut.

Situasi itu juga mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang bersimpati dengan kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel.

“Saya rasa bersalah menonton video ini. Kita membazir makanan tapi dalam masa sama, saudara kita di Gaza kebuluran,” komen Mariam.

“Sangat menyakitkan melihat video ini. Saya harap boleh hantar semua makanan yang saya ada,” kata Muthiavaleria.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, Agensi Ban­tuan dan Kerja untuk Pela­rian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa 40 peratus penduduk Semenanjung Gaza be­risiko mengalami kebuluran dahsyat selepas konvoi lori bantuan yang sangat diperlukan, dilarang memasuki wilayah Palestin itu.

Saluran berita Quds News melaporkan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut mengulangi gesaan gencatan senjata kemanusiaan ketika serangan tanpa henti rejim Zionis berterusan selama lebih 83 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI