fbpx

Verstappen mampu sehebat Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN disebut-sebut mempunyai kemampuan untuk terus mendominasi saingan F1 musim depan. – AFP

LONDON – Bekas Ketua Prinsipal Ferrari, Jean Todt mengakui, kejayaan Max Verstappen dan Red Bull mendominasi arena Formula Satu (F1) ketika ini hampir sama seperti pernah dilakukan Michael Schumacher pada awal era 2000-an.

Sebagai rekod, Schumacher selaku pelumba utama Ferrari ketika itu te­lah mempamerkan ­kehebatan tersendiri apabila menjuarai lima gelaran dunia berturut-turut ­bermula musim 2000 hingga 2004.

Situasi itu hampir sama dengan dicatatkan oleh Verstappen selaku tunjang Red Bull yang meraih gelaran dunia hatrik pada musim ini.

Menurut Todt, apa yang dilakukan Red Bull ketika ini membuatkan dirinya terkenang kembali era kegemilangan Ferrari terutama apabila pelumba No. 2 pasukan itu, Sergio Perez diarahkan menjadi ‘pembantu’ ­Verstappen.

“Kita boleh lihat persamaan antara kedua-dua pasukan sangat ketara. Red Bull telah mencipta jen­tera yang hebat dengan melahirkan pelumba yang cukup bagus seperti Verstappen.

“Malah, mereka juga membuat perancangan teliti seperti menjadikan Perez selaku pelumba No. 2 untuk membantu Verstappen sama seperti yang dilakukan oleh Ferrari dengan melantik Rubens Barrichello menjadi orang kanan Schumacher.

“Apa yang Verstappen lakukan sangat luar biasa kerana mampu menjuarai 19 perlumbaan musim ini, tetapi bukan mudah untuk dia mengekalkan konsistensi pada tahun depan.

“Saya masih ingat ketika musim 2005, kami memiliki barisan pemandu yang sama, tetapi jentera kami tidak begitu pantas, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan dunia buat kali pertama dalam tempoh lima tahun,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI