PETALING JAYA – Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak sesak lebih enam kilometer dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak ekoran penambahan kenderaan petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia, trafik dilaporkan tinggi dan perlahan sebelum Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur.
“Trafik juga dilaporkan sesak dari arah kilometer (KM) 29 hingga KM 31.9, Gombak ke Genting Sempah arah Kuantan.
“Penambahan kenderaan juga dilihat sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Kuantan dan dari KM 33.7 hingga KM 35.4, Genting Sempah arah Kuantan,” katanya.
Sementara itu, di beberapa kawasan lain, kejadian banjir kilat di KM 21.5 arah Selatan dari Puchong Jaya ke IOI Puchong menyebabkan kesesakan teruk kerana beberapa lorong terhalang.
Bagaimanapun, semua lorong yang terlibat telah dibuka semula setakat pukul 5.08 petang tadi namun trafik masih perlahan dari Plaza Tol PJS ke Pusat Bandar Puchong. – KOSMO! ONLINE