fbpx

Tiada lagi lesen jika jual ikan ‘alien’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keli afrika seberat dua kilogram boleh menghasilkan kira-kira 45,000 biji telur yang kemudian boleh mengancam ikan lain. – GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Dalam usaha menangani pelepasan ikan-ikan a­sing di sungai-sungai di Sela­ngor, satu peraturan khas sedang dilaksanakan iaitu Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Darat) dan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai).

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, pewartaan pengawalan penternakan dan pelepasan ikan asing atau lebih dikenali spesies ‘alien’ itu kini dalam peringkat akhir semakan.

Menurutnya, perkara itu sedang diteliti Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri termasuk Selangor sebelum diguna pakai untuk penguatkuasaan jabatannya.

“Kalau tiada pengawalan, ia akan merugikan kita apabila perairan negeri ini akan dipenuhi ikan-ikan asing dan amat sukar untuk mengeluarkan spesies ikan itu pada masa depan.

“Nelayan akan rugi dan masyarakat tidak menikmati kesedapan serta keenakan ikan-ikan asli seperti tengas, kelah, terbul, lampam sungai dan sebarau,” ­katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, melalui peraturan itu, pengusaha ikan dila­rang memiliki 16 genus ikan lara­ngan dan jika melanggar arahan, mereka tidak boleh memperbaharui lesen perniagaan ikan akuarium dan kolam memancing.

Antara spesies larangan ialah ikan keli afrika, ikan baung ekor merah, peacock bass dan pacu.

Katanya, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri agar semua pengusaha ikan mematuhi peraturan.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, pihaknya telah melepaskan lebih 1.48 juta pe­lbagai benih ikan di sungai Sela­ngor sepanjang 2017 hingga 2022.

Katanya, lebih 50,000 benih ikan turut dilepaskan di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bahru baru-baru ini.

Kosmo! semalam melaporkan, pelepasan ikan asing untuk membayar nazar atau ritual te­lah mempercepatkan kepupusan ikan lokal di Selangor.

Pemilihan ikan khususnya keli afrika yang mempunyai daya tahan tinggi amat bersesuaian de­ngan nazar seseorang individu tertentu.

Kehadiran ikan penceroboh itu boleh memakan mana-mana spesies ikan lain dengan begitu banyak dan cepat bertindak balas kepada sumber makanan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI