fbpx

Pemuda paling kacak di Beijing tolak tawaran jadi selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDWARD enggan menjadi selebriti walaupun mendapat banyak tawaran. - Foto Khaosod

BEIJING  – Seorang pemuda kacak berdarah campuran Russia dan China menolak banyak tawaran daripada syarikat hiburan untuk menjadikannya sebagai selebriti terkenal, lapor portal berita Thaiger semalam.    

Pemuda itu yang  mempunyai ijazah peringkat sarjana dan lulusan Jabatan Sains Komputer, Universiti Tsinghua, China kini bekerja sebagai pengaturcara  komputer di syarikat Tencent, Shenzen.

Alasannya menolak tawaran itu adalah kerana dia tidak berminat untuk menjadi seorang bintang.

Dia hanya mahu menjadi pekerja biasa dan pernah mendapat anugerah pekerja kedua paling cemerlang.

Alasannya tidak mahu menjadi selebriti itu menyebabkan ramai netizen berasa kagum tentang dirinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI