MELBOURNE – Seorang lelaki Australia memecahkan rekod dunia dengan memakai 10 helai seluar dalam masa terpantas, lapor portal berita UPI semalam.
Nicholas Manning dari Brisbane, memecahkan Guinness World Records dengan mencatatkan masa 13.03 saat untuk memakai semua 10 helai seluar dalam itu.
Manning juga mendedahkan bahawa dia mengambil masa selama enam bulan untuk membuat latihan sebelum berjaya mencipta rekod memakai seluar dalam, dalam masa terpantas di dunia.
Kata Manning, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memecahkan rekod kategori tersebut.
Pada akhirnya, dia mencuba untuk merangkul gelaran sebagai pemegang rekod paling pantas memakai seluar dalam.
Manning gigih berlatih untuk menyempurnakan teknik yang akan digunakan untuk mencipta rekod dunia tersebut. – AGENSI