fbpx

Laporan awal ‘post mortem’ paip pecah di Sungai Perai diserah kepada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden saluran paip pecah di dasar Sungai Perai yang berlaku pada 18 Disember lalu. - FACEBOOK PBAPP

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) telah menyerahkan laporan awal post mortem kepada kerajaan negeri berhubung insiden saluran paip pecah di dasar Sungai Perai yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan PBAPP untuk melakukan lima perkara antaranya memantau keadaan saluran paip dasar Sungai Perai yang dibaiki setiap hari sehingga penyelesaian kekal dapat dilaksanakan.

“Dalam kes ini, penyelesaian kekal ialah memasang saluran paip merentasi sungai yang akan disokong oleh struktur di atas permukaan sungai.

“Pelaksanaan penyelesaian kekal ini, dengan anggaran kos RM5 juta harus disegerakan untuk disiapkan secepat mungkin pada tahun 2024 bagi membolehkan pemeriksaan berkala dan mengelakkan perkara berulang,” katanya di sini, hari ini.

Kira-kira 200,000 pengguna di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, PBAPP juga diarahkan untuk mengesan dan melaporkan lokasi saluran paip bawah permukaan air yang lain di negeri ini.

“Selain itu, PBAPP juga perlu mengarahkan pasukan pakar untuk memeriksa secara berkala semua saluran paip utama (900mm dan ke atas) yang berada di atas tanah mereka juga perlu meneroka kaedah untuk mengesan potensi kecacatan atau kegagalan semua saluran paip utama yang tertanam (900mm dan ke atas).

“PBAPP juga perlu mempercepatkan penggantian saluran paip utama yang usang (900mm dan ke atas),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI