fbpx

Kapal terbang tersangkut di bawah jejambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat yang diangkut sebuah lori tersangkut di bawah jejambat di Motihari semalam. - Foto PTI

NEW DELHI  – Sebuah pesawat yang diangkut menggunakan treler tersangkut di bawah jejambat di Motihari, Bihar semalam, lapor portal berita Mint.

Ketika kejadian, pesawat yang tidak lagi digunakan lagi itu dibawa  menuju ke negeri Assam dari Mumbai, India.

“Pemandu treler tersilap menilai ketinggian jejambat dan akibatnya, ia tersangkut,” kata pegawai polis tempatan, Manoj Kumar kepada akhbar Hindustan Times.

Walaupun kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang, treler  dan muatannya selamat dibawa keluar dan ia meneruskan perjalanan ke Assam, demikian menurut laporan itu.

Menurut beberapa saksi, pesawat itu tersepit di bawah jambatan selama lebih sejam.

Treler  yang membawa pesawat itu akhirnya dapat melepasi jejambat selepas tayarnya dikempiskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI