fbpx

Ibu rayu bantu cari anak hilang 20 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhidawaty menunjukkan gambar anaknya yang hilang ketika ditemui pemberita di Kampung Sungai Layang di sini hari ini. - Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang ibu bimbang terhadap keselamatan anak perempuannya, Nurul Syakila Mohd Suhaili, 23, yang hilang dari kediaman mereka di Kampung Sungai Layang, di sini sejak 20 hari lalu.

Norhidawaty Mohd Yusof, 43, berkata, dia menyedari kehilangan Nurul Syakila pada pukul 10 pagi, 11 Disember lalu selepas mendapati anaknya yang baru sehari pulang dari tempat kerjanya di sebuah pusat peranginan di Karak, Pahang tiada di bilik.

“Saya cakap pada anak kedua saya (Mohd Shahrul Iqmal Mohd Suhaili, 20) untuk mengajak kakaknya sarapan bersama, namun Nurul Syakila sudah tiada dalam bilik. Bekas suami saya segera hubungi pihak `resort’, namun dimaklumkan anak saya ada menghubungi mereka untuk memaklumkan tidak jadi berhenti kerja dan akan pulang ke sana.

“Bagaimanapun, anak saya sekali lagi menghubungi pihak `resort’ dan memaklumkan untuk meneruskan tindakannya berhenti kerja sebelum talefon bimbitnya gagal dihubungi. Kami sekeluarga berasa sangat bimbang, kerana sehingga kini kami tidak tahu di mana Nurul Syakila,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Layang di sini hari ini.

Norhidawaty berkata, sebelum kejadian, Nurul Syakila yang baru beberapa hari putus tunang dengan seorang pemuda berasal dari Pahang meminta keluarga untuk menjemputnya pulang ke rumah.

“Kali terakhir Mohd Shahrul temui kakaknya sekitar pukul 1 pagi di ruang tamu rumah. Saya pula sudah keluar rumah sejak pukul 7 petang untuk bekerja. Masa tu, anak memakai seluar berwarna coklat dan baju pula berwarna biru. Anak hanya bawa dompet dan talefon bimbitnya sahaja,” katanya.

Justeru, Norhidawaty memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya untuk menghubunginya di talian 018-2092842 atau bekas suaminya, Mohd Suhaili Mad Sari, 46, di talian 019-5995090.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nurul Syakila di Balai Polis Rembau, 12 Disember lalu dan sedang mengesan wanita berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI