fbpx

Ibu cekik anak ganggu ketika jawab panggilan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khatoon didakwa mencekik anaknya ketika menjawab panggilan telefon. - globalgirlsglow

NEW DELHI, India – Seorang wanita di negeri Jharkhand mencekik leher seorang anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana mengganggunya ketika dia menjawab panggilan telefon.

Portal berita India Today melaporkan, Afsana Khatoon telah berkahwin dengan suaminya, Nizamuddin enam tahun lalu dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki masing-masing berusia empat dan dua tahun.

Bapa mentua Khatoon, Rojan Ansari berkata, wanita itu mengurung diri di dalam bilik bersama anak bongsunya selepas bergaduh dengan suaminya.

Ketika dia menjawab panggilan telefon, anaknya mula menangis. Dia dilaporkan tidak menenangkan kanak-kanak itu namun mencekiknya.

Khatoon tidak segera membuka pintu selepas kejadian itu. Tidak lama kemudian, dia memanggil suaminya dan lelaki itu mendapati anak mereka tidak sedarkan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Khatoon dihantar ke penjara namun mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh anaknya. Ketika mangsa menangis, dia menolak anaknya jatuh dari katil sehingga tidak sedarkan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI