fbpx

Gypsy Rose bebas, mulakan hidup baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gypsy Rose dan ibunya, Clauddine. - @gypsyrose_a_blanchard Instagram / HBO

BANDAR JEFFERSON, MISSOURI – Seorang wanita yang menjadi mangsa penderaan semasa usia kanak-kanak dan didapati bersalah membunuh ibunya kini memulakan hidup baharu selepas dibebaskan dari penjara. 

Saluran berita NBC News melaporkan, Gypsy Rose Blanchard, 32, dibebaskan dari Pusat Pemulihan Chillicothe di bandar Chilicothe, Mossouri kelmarin, tiga tahun sebelum tarikh pembebasan asalnya.

“Swafoto pertama selepas bebas!” demikian kapsyen pada sekeping gambar ketika Gypsy berkongsi hantaran Instagram pertamanya semalam sejak dibebaskan.

Pada hari sama, dia dirakam berada di khalayak ramai buat kali pertama sejak dibebaskan. 

Dia kelihatan membeli-belah bersama suaminya, Ryan Scott Anderson, 37.  Mereka berkahwin pada 2022 semasa Gypsy masih di penjara.

Pada 2016, Gypsy telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana terlibat dalam pembunuhan ibunya, Clauddine Blanchard. 

Wanita itu ditikam mati setahun sebelum itu oleh teman lelaki Gypsy, Nicholas Godejohn.

Gypsy didapati menjadi mangsa sindrom Munchausen di mana ibunya mencipta ilusi bahawa anaknya sakit teruk untuk mendapat perhatian dan wang insurans.

Sepanjang hidup Gypsy, ibunya kerap membawanya berjumpa doktor untuk merawat pelbagai penyakit termasuk leukimia dan distrofi otot, yang tidak pernah dialaminya.

Kes Gypsy Rose memberi inspirasi kepada penerbitan beberapa dokumentari dan siri termasuk sebuah filem adaptasi kisah benar yang dibintangi oleh Joey King dan Patricia Arquette. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI