fbpx

12 individu dirakam keterangan kes remaja disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis telah merakam 12 keterangan individu bagi membantu siasatan berhubung kes simbahan asid terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Denai Alam, di sini.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada 8 November lalu menyebabkan remaja dikenali Nadia Fasha Qistina, 19, cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih dilakukan dalam mengesan pelakunya dan motif kejadian itu.

“Setakat ini, seramai 12 rakaman percakapan telah dibuat dan siasatan masih dijalankan.

“Kita masih mengesan suspek yang terlibat,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan disimbah asid oleh seorang lelaki menyamar sebagai pekerja e-hailing yang kemudiannya melarikan diri.

Kejadian berlaku ketika mangsa pulang dari kerja dari sebuah klinik di Denai Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI