fbpx

[VIDEO] Pasir Raja, Kampung Shukor kembali dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun kembali dilanda banjir hari ini.

DUNGUN – Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Hulu Dungun yang baru pulih daripada banjir Rabu lalu kembali ditenggelami bah sebentar tadi.

Dua perkampungan tersebut dilimpahi air Sungai Dungun mulai pukul 3 petang tadi berikutan hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mengambil keputusan memindahkan segera penduduk terlibat pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum banjir bertambah buruk.

“Kami tidak mahu mengambil risiko memindahkan penduduk pada waktu malam yang jauh lebih sukar. Setakat ini, Kampung Pasir Raja dan Kampunng Shukor sudah ditenggelami banjir sehingga paras pinggang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ghazali berkata, Kampung Talong, Hulu Dungun di sini turut terjejas kerana semua akses ke perkampungan itu sudah tidak dapat digunakan.

Beliau berkata, ramai penduduk Kampung Talong yang keluar ke pusat bandar Dungun untuk membeli barangan keperluan tersadai kerana laluan keluar masuk tidak boleh dilalui mulai pukul 11 pagi.

“Kebanyakan mereka mengambil inisiatif mengharung banjir untuk balik ke rumah masing-masing dengan menaiki bot. Begitupun tiada PPS dibuka kerana tiada rumah penduduk yang terjejas setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI