fbpx

Thailand ‘curi’ ilmu Misbun seawal 4 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA pemain remaja Thailand keluar seawal 4 pagi untuk berlatih di bawah tunjuk ajar Misbun di Kelab Badminton Nusa Mahsuri. - Gambar FB Nusa Mahsuri

PETALING JAYA – Sentuhan magis legenda badminton negara, Datuk Misbuk Sidek ternyata masih ditagih walaupun sudah empat bulan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Ogos lalu.

Ia selepas Persatuan Badminton Thailand (BAT) memilih untuk menghantar tiga pemainnya ‘berguru’ di bawah bimbingan Misbun di Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Kuala Lumpur ketika ini.

Langkah itu dibuat BAT sebagai persediaan awal mereka untuk menghadapi Sukan Olimpik Remaja 2026 di Dakar, Senegal.

MISBUN memberikan arahan kepada pemain-pemain pada sesi latihan d Kelab Badminton Nusa Mahsuri. – Gambar FB Nusa Mahsuri

“Tiga pemain remaja Thailand sanggup bersengkang mata bangun awal pagi demi menagih sentuhan ilmu legenda badminton negara, Datuk (Dr) Misbun Sidek.

“Seawal jam 4.30 pagi, Punnatat Prempunpong, Nuttanon Maku dan Tonkid Saeheng setakat hari ini tidak pernah gagal hadir menjalani latihan.

“Malah, semakin berkobar-kobar apabila memperolehi ilmu baharu di gelanggang yang disediakan oleh Misbun,” menurut status dimuat naik di Facebook Nusa Mahsuri sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI