fbpx

Suami pukul isteri, acu pisau di hadapan jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Abang janganlah, sakit abang!” Begitulah rintihan seorang wanita yang menjadi mangsa pukul suaminya dalam sebuah video tular di aplikasi X, hari ini.

Dalam video berdurasi 32 saat yang dikongsikan oleh @MALAYSIAVIRALL itu, pergaduhan pasangan tersebut yang berlaku di hadapan kediaman mereka dipercayai disaksikan jiran.

Berdasarkan klip video itu, jiran terbabit yang cuba meleraikan pergaduhan turut menjadi mangsa apabila lelaki tersebut masuk ke dalam rumah sebelum mengugut sambil mengacukan pisau.

Sehubungan itu, orang ramai meluahkan rasa marah selain menekankan agar tindakan segera diambil terhadap lelaki tersebut yang didakwa merupakan anggota unit beruniform.

“Bawa bertenang, istighfar. Kalau ada masalah selesaikan elok-elok,” kata seorang pengguna.

“Minta @PDRMsia siasat perkara ini,” kata Sidqi.

“Walau macam manapun rasa menyampah terhadap isteri tu, janganlah pukul. Lepaskan dengan baik, bukan jadikan tempat lepaskan geram,” kata Ashraf.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 3,400 tanda suka dan 698,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI