fbpx

Seorang maut, lima cedera kereta masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan tugas penyelamatan mangsa dalam parit tersebut.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki maut, manakala lima individu cedera selepas kereta dinaiki mereka memasuki parit di Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, di sini hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 6.20 pagi itu melibatkan kereta Proton Wira yang turut dinaiki dua kanak-kanak perempuan selain sebuah lagi kereta jenis Honda Civic, namun pemandu tiada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.24 pagi.

Jelas beliau, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

“Setibanya di lokasi, Proton Wira itu didapati berada di dalam parit yang berkedalaman satu meter. Pemeriksaan mendapati enam mangsa di dalam kereta itu iaitu dua lelaki dan empat wanita,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, dua lelaki berusia 50-an masing-masing berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan bomba, namun seorang daripada mereka bagaimanapun disahkan meninggal oleh pasukan perubatan pada pukul 6.48 pagi.

“Dua lagi wanita berusia 20 hingga 50-an dan dua kanak-kanak pula mengalami kecederaan ringan, manakala semua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan orang awam dan bomba,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI