fbpx

Rangka penduduk Palestin terbiar di serata Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Khaled di Instagramnya.

PETALING JAYA – Memasuki hari ke-85, serangan rejim Zionis ke atas bumi Gaza semakin mengganas sehingga mengorbankan lebih 27,000 nyawa rakyat Palestin tanpa belas ihsan.

Serangan bertalu-talu dari arah udara serta darat menjadikan penduduk Gaza seperti pelarian di negara sendiri dan hampir kesemua kawasan itu musnah dibom Israel.

Menerusi perkongsian pensyarah Palestin, Khaled Beydoun di Instagramnya baru-baru ini, beliau memuat naik beberapa gambar memaparkan rangka manusia yang dipercayai jasad penduduk Palestin yang dibunuh dengan kejam oleh tentera penceroboh itu.

Jasad para syuhada dibiarkan di atas jalan secara bersepah oleh tentera Israel sehingga ia menjadi reput selain dimakan oleh haiwan pemangsa yang lain.

Menurut Khaled, situasi tersebut jelas menggambarkan kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin apabila mereka bukan sahaja merampas keindahan bumi Gaza, malah tentera penceroboh itu bertindak menghapuskan kehidupan manusia di negara ini.

“Sisa jasad manusia hanya yang tinggal. Di sini, di Gaza, mayat manusia sebenar tersebar di tanah asal mereka seperti peninggalan balada ganas.

“Ini adalah satu lagi wajah pembunuhan beramai-ramai, bukti kejam pembunuhan beramai-ramai dan sikap acuh tak acuh manusia. Saya tidak menggunakan istilah ‘genosid’ secara sembrono. Ia adalah istilah penting yang menunjukkan niat yang jelas untuk menghapuskan, memadam dan membunuh secara sistematik.

“Tengkorak, tulang dan jenazah ini pernah menjadi manusia sebenar dan akhirnya jadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Dahulu mereka seorang lelaki, seorang ibu, seorang kanak-kanak dan sekarang hanya tersisa tengkorak, tulang dan kasut kosong,” luahnya.

Sementara itu, media tempatan melaporkan tentera Israel ketika ini terus memperhebatkan serangan darat di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza yang padat dengan puluhan ribu rakyat Palestin selepas kehilangan tempat tinggal akibat perang sejak 7 Oktober lalu.

Serangan didahului dengan bedilan peluru berpandu dan kereta kebal, menyasarkan rumah penduduk di bandar selatan Khan Younis, mengakibatkan lapan rakyat Palestin terbunuh.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata tugasnya adalah untuk menghapuskan pejuang Hamas supaya tidak lagi mempunyai kuasa ketenteraan serta keupayaan mentadbir di Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI