fbpx

Rakyat Malaysia minat belajar AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkembangan dalam AI hari ini diikuti rapat oleh rakyat Malaysia dan ramai yang menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari tekonologi tersebut. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Masyarakat tempatan dilihat menunjukkan minat mendalam untuk mempelajari kemahiran dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan sains data, menurut salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia, Coursera, Inc.

Katanya dalam satu kenya­taan, berdasarkan data daripada lebih 716,000 pengguna berdaftar di negara ini, jam pembelajaran pengguna tempatan naik 50 peratus pada 2023 dengan lonjakan minat terhadap kandungan AI Generatif (GenAI).

“Pencarian berkenaan AI bertumbuh sebanyak tujuh kali ganda berbanding tahun sebe­lumnya di Malaysia yang mana tiga kursus GenAI di Coursera yang paling popular di sini adalah Pengenalan kepada AI Generatif, Kejuruteraan Segera untuk ChatGPT serta AI Generatif untuk Semua iaitu sebuah kursus yang baru dilancarkan.

“Dalam hanya enam minggu selepas pelancarannya, kursus baharu oleh pelopor AI, Andrew Ng itu telah menjadi kursus Coursera yang berkembang paling pantas di peringkat global pada tahun 2023.

“Kesungguhan rakyat Malaysia untuk memperoleh kemahiran dalam teknologi baru muncul, khususnya AI, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memupuk tenaga kerja yang celik teknologi serta memacu Malaysia menjadi hab teknologi serantau,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia Pasifik Coursera, Raghav Gupta berkata, tahun ini, minat rakyat Malaysia terhadap pembelajaran telah melonjak di Coursera.

“Minat mereka dalam genAI, teknologi dan kemahiran data bukan sahaja mencerminkan minat mendalam untuk pengetahuan canggih tetapi juga komitmen mereka untuk kekal di barisan hadapan revolusi digital.

“Pada tahun hadapan, kami teruja untuk menggunakan Gen­AI dalam mentransformasi pendidikan serta menyediakan pembelajaran yang diperibadikan, menarik dan inklusif.

“Tumpuan baharu pada pem­belajaran sepanjang hayat, kemahiran teknologi dan manusia serta pembelajaran bersepadu di kampus akan menjadi kunci untuk kebolehpasaran dalam dunia yang dipacu AI,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI