NEW DELHI, India – Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh menikam mata suaminya dengan menggunakan gunting selepas mangsa meminta telefon bimbitnya untuk mendengar lagu.
Stesen penyiaran NDTV melaporkan, lelaki bernama Ankit itu membuat laporan polis terhadap isterinya, Priyanka berhubung insiden tersebut baru-baru ini.
Menurut polis, Ankit pada awalnya meminta telefon bimbit Priyanka untuk mendengar lagu dalam aplikasi YouTube.
Wanita itu bagaimanapun enggan menyerahkan telefonnya. Dia sebaliknya menyuruh Ankit menggunakan telefon bimbit sendiri. Pertengkaran berlaku antara mereka sebelum mangsa diserang.
Keluarga Ankit kemudian menghantarnya ke sebuah pusat kesihatan komuniti berdekatan. Polis memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut. – AGENSI