fbpx

Pesara rugi RM730,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pesara kerugian RM730,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di aplikasi media sosial Instagram.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berumur 65 tahun itu tertarik dengan keuntungan 20 peratus ditawarkan skim pelaburan berkenaan pada 14 Mac lalu melalui laman web Bitpanda.

“Dalam tempoh 20 April hingga 9 Jun, mangsa pindahkan wang sebanyak RM730,000 dengan 19 transaksi ke 14 akaun yang berbeza. Pada peringkat awal, mangsa berjaya keluarkan keuntungan sebanyak RM5,000.

“Bagaimanapun, selepas mangsa memperoleh keuntungan tersebut, secara tiba-tiba laman web pelaburan berkenaan tidak dapat diakses,” katanya.

Yahaya juga memberitahu, mangsa kemudiannya bertindak menghubungi suspek dan suspek meminta mangsa untuk membuat penambahan wang bagi pelaburan terbabit.

“Mangsa telah menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada rakannya bagi tujuan pelaburan tersebut,” katanya lagi.

Yahaya justeru itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI