fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal 3,047 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai makan yang masih digenangi banjir di Kampung Pinang Baru, Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kini tinggal 3,047 orang daripada 814 keluarga yang berada di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 2,088 mangsa daripada 558 keluarga berada di 26 PPS.

“Seramai 630 mangsa daripada 176 keluarga berada di tiga PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak dua PPS yang dihuni 131 mangsa daripada 36 keluarga masih beroperasi di Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Marang mempunyai 91 mangsa daripada 22 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang.

Tambah beliau, seramai 63 mangsa daripada 14 keluarga berada di dua PPS di Kemaman.

“Sebanyak dua PPS yang mempunyai 37 mangsa daripada tujuh keluarga masih dibuka di Setiu.

“Kuala Nerus pula hanya mempunyai enam mangsa sekeluarga di PPS Dewan Sivik Pulau Duyong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI