fbpx

JKKP siasat majikan pekerja penyelenggara maut tersepit lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang dilaporkan maut akibat kepalanya tersepit pada pintu lif sebuah pusat beli-belah di Jalan Burmah, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Majikan kepada pekerja penyelenggara yang maut ketika membaiki lif sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burma, di sini pada Selasa lalu bakal berdepan tindakan sekiranya berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri berkata, pihaknya menjalankan siasatan di lokasi sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja penyelenggaraan lif dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Siasatan menjurus kepada Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu berkaitan dengan tanggungjawab majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjanya semasa aktiviti kerja dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Pada Selasa lalu, seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas kepalanya tersepit ketika menyelenggara sebuah lif di kompleks beli-belah, di Jalan Burma kira-kira pukul 4.45 petang.

Susulan kejadian itu, JKKP mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada Jabatan.

“Pihak JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan saksi yang dikenal pasti selain pemeriksaan ke atas sistem lif tersebut.

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya.

Tambahnya, majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas aktiviti di tempat kerja perlu membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI