fbpx

‘Kuda tua’ Ronaldo masih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kiri) meraikan jaringannya dengan membuat gerakan dan laungan 'siu' ketika menentang Al-Ittihad kelmarin. – AFP

RIYADH – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berpeluang melebarkan penguasaannya sebagai penjaring terbanyak bagi kalendar 2023 memandangkan dia masih memiliki satu perlawanan sebelum saingan tahun ini melabuhkan tirainya.

Ternyata, usia 38 tahun sama sekali tidak menumpulkan ­sentuhan penyudah Ronaldo, sebaliknya dilihat lebih tajam apabila dia berjaya merampas kedudukan pendahulu penjaring terbanyak tahun 2023 dengan 53 gol setakat ini.

Ia hasil dua jaringannya ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad pada aksi Liga Pro Arau Saudi di Stadium Prince Abdullah Al-Faisal kelmarin.

“Kapten Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dunia dalam tahun 2023. Beliau mengatasi Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) dan Harry Kane (Bayern Munich) yang ma­sing-masing meledak 52 gol,” menurut kenyataan Al-Nassr.

Penggempur prolifik Manchester City, Erling Haaland kini di tempat keempat dengan 50 gol, manakala Garbhan Coughlan yang mewakili kelab New Zealand, Cashmere Technical pada kedudukan kelima.

Sekiranya Ronaldo berjaya meledak gol menentang Al-Taawoun pada Ahad ini, ia bermakna bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu akan dinobatkan penjaring terbanyak dunia buat kali kelima dalam kariernya.

Sebagai rekod, Ronaldo pernah empat kali memenanginya bermula 2011 (60 gol), 2013 (69 gol), 2014 (61 gol) dan 2015 (57 gol), manakala Lionel Messi masih kekal memegang jumlah gol terbanyak dalam tempoh setahun iaitu 91 gol pada 2012.

Mesin gol itu juga akan menjadi pemain kedua Al-Nassr meraih anugerah tersebut selepas penyerang Maghribi, Abderrazak Hamdallah melakukannya pada 2013 dengan 57 gol, menewaskan Robert Lewandowski dan Messi ketika itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI