fbpx

Kilang bihun terkenal terbakar 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang bihun di Kuala Ketil, Baling terbakar hari ini.

BALING – Sebuah kilang bihun jenama terkenal musnah kira-kira 60 peratus dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, di sini awal pagi tadi.

Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.26 pagi tadi.

“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, BBP Sungai Petani, BBP Kulim HiTech dan BBP Yan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak di bangunan Kelas A dengan anggaran keluasan kilang 151 meter x 60 meter,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.20 pagi tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi ditamatkan pukul 12.34 tengah hari tadi, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menghubungi Unit Anjing Pengesan (K9) atas arahan pegawai siasatan kebakaran ke lokasi kebakaran untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI