fbpx

Kemaskini PADU, elak tercicir program subsidi bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PUTRAJAYA – Tiada tindakan dikenakan kepada rakyat jika mereka memilih untuk tidak mahu mengemaskini data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU).

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jika kemas kini tidak dibuat, rakyat mungkin tercicir untuk menikmati program subsidi bersasar ditetapkan kerajaan kelak.

Rafizi berkata, proses kemaskini data menerusi PADU akan mula dibuka pada 2 Januari ini hingga 31 Mac depan.

“Jika tak update (kemas kini) tiada masalah. Tapi, kalau anda tak dapat (subsidi) jangan marahlah.

“Tak nak update (kemas kini) boleh, tapi kerajaan akan menggunakan maklumat sedia ada dalam semua pangkalan data milik kerajaan.

“Kami akan menggunakan data sedia ada itu bagi menentukan profil isi rumah dan kelayakan dapat atau tidak subsidi bersasar itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, risiko keciciran boleh berlaku memandangkan kerajaan hanya akan menggunakan data sedia ada bagi menentukan kelayakan bagi setiap program bantuan oleh kerajaan.

Rafizi berkata, PADU akan menyediakan profil isi rumah paling tepat bagi penyasaran semua subsidi yang akan disediakan oleh kerajaan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI