fbpx

Kecurian RM85,000: Tiga polis mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis yang ditahan berhubung kes kecurian wang RM85,000 dalam operasi khas di Little Dhaka di sini baru-baru ini dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi.

Lans Koperal Mohamad Adib Mohd Zafri, 35, Koperal Muhamad Hafiz Irsyad Mohd. Nawi, 30, dan Lans Koperal Mohamad Amirul Aiman Mamat, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama pada pukul 2.27 petang, 21 Disember lalu mencuri wang milik NGWE Gabar Sdn. Bhd. di  Jalan Lebuh Pudu, Off Jalan Silang, di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Majistret Aina Azzahra Arifin menetapkan ikat jamin sebanyak RM17,000 setiap seorang tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan.

Ketiga-tiga anggota polis itu juga diarahkan supaya menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 6 Februari ini.

Jumaat lalu, tular laporan polis berhubung kehilangan wang RM85,000 didakwa dicuri anggota polis yang terlibat dalam operasi di Lebuh Pudu di sini.

Laporan itu menyatakan pemilik premis iaitu warga tempatan berusia 36 tahun mendakwa semasa berada di kedainya pada 21 Disember lalu dia mendapati wang tunai hasil jualan milik syarikat berjumlah RM85,000.00 yang disimpan dalam almari hilang.

Laporan itu mendakwa pemilik premis membuat semakan rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki berpakaian celoreng polis memasuki premisnya.

Laporan itu mendakwa, melalui penelitian CCTV ketiga-tiga lelaki tersebut melakukan penggeledahan. Soal siasat mendapati mereka mengaku mengambil duit tersebut di dalam almari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI