fbpx

Jangan biar suami ‘perut kosong’ pergi kerja, secawan air pun cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustazah Asma’

PETALING JAYA – Rumah tangga bahagia adalah pasangan yang sentiasa bertolak ansur selain menjalankan tanggungjawab dengan baik termasuk menjaga makan minum suami.

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengingatkan golongan isteri untuk tidak membiarkan suami keluar bekerja dalam keadaan perut kosong kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatan sewaktu mencari rezeki.

Ustazah Asma’ dalam perkongsian tular di TikTok berkata, meskipun si isteri bekerja dan perlu keluar rumah di awal waktu, tanggungjawab itu tetap perlu dilakukan walaupun hanya  dengan menyediakan secawan air kosong buat suami.

“Kalau suami nak keluar cari rezeki, jangan bagi dia keluar dengan perut kosong. Kalau kita (isteri) bekerja, kita sibuk macam mana sekalipun, sekurang-kurangnya bagi air pun jadi dah.

“Sama ada kita kerja atau tak, jangan biar suami keluar rumah tidak ada air tangan, saya pun terasa juga kadang-kadang. Masya-Allah sibuk sangat kita kelam kabut gitu.

“Suami nak keluar cari rezeki, kurang-kurang bagi air pun okey. Kalau suami tak nak minum air manis, bagi air kosong minum seteguk dua pun jadi,” pesannya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut berkongsi antara sumber pahala seorang isteri adalah menyambut kepulangan suami dari kerja dengan memberi secawan lagi air supaya dapat menghilangkan rasa penat seharian di luar.

“Lagi satu apabila suami balik dari mencari rezeki. Betullah kita pun kadang bekerja mencari rezeki juga, tetapi kita kena ada bahagian pahala itu. Buat baik dan berbakti pada suami walaupun air,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI