fbpx

Jaga keselamatan, elak ambil risiko – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi ( duduk tiga kiri) ketika menyantuni ayah arwah, Alzafry Abu Bakar ( baju hitam) di kediaman mereka di Denai Alam, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Tragedi yang menimpa kepada seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada Selasa lalu adalah sebuah kemalangan yang tidak dijangka mana-mana pihak.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pelajar diingatkan sentiasa menjaga keselamatan dengan tidak mengundang risiko termasuk mengambil barang yang telah terjatuh di balkoni.

“Rakan bilik arwah pun sudah larang daripada terus panjat, tetapi apa boleh buat kerana kemalangan pun sudah berlaku.

“Jadi, saya minta pelajar di UniKL yang menginap di residensi kondominium tersebut agar menjaga keselamatan diri,” katanya ketika melawat keluarga Allahyarham Adly Zarkasyi Alzafry di Denai Alam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Selasa lalu, arwah Adly maut selepas terjatuh ketika mengambil baju-T daripada tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru, Kuala Lumpur dekat sini.

Jelas Asyraf Wajdi, seramai 400 pelajar UniKL tinggal di residensi tersebut dengan pihak pengurusan univesiti hanya mengawasi dan menjaga kebajikan pelajar yang tinggal di situ.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, arwah merupakan pelajar semester kedua Diploma Teknologi Maklumat (IT) di universiti tersebut.

“Kami (Mara) akan bantu keluarga arwah dari segi bayaran yuran pengajian Allahyarham dan beri sedikit bantuan kewangan kepada keluarganya. Apapun, saya zahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI