fbpx

Ingatkan ‘line clear’, rupanya aksi hangat dirakam jurukamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu bangun dari kerusi selepas mendapati mereka dirakam. - Twitter

CANBERRA, Australia – Sepasang kekasih di Australia kelihatan malu selepas dirakam berada dalam posisi tidak senonoh ketika menonton perlawanan kriket di sebuah stadium semalam, lapor portal berita MailOnline.

Orang ramai bersorak selepas seorang jurukamera merakam pasangan itu berpelukan di bahagian atas stadium Melbourne Cricket Ground (MCG).

Selepas melihat diri mereka terpapar pada skrin besar, si lelaki menutup mukanya menggunakan tangan dan ‘hoodie’ sambil berjalan keluar dari stadium tersebut, manakala wanita itu mengelak lensa kamera.

Seorang pengulas sukan kriket, Adam Collins berkata: “Dua remaja berusia 16 tahun yang bercumbu dan berpeluk muncul di skrin dan mereka segera menutup muka.”

Menurut MCG, seramai 39,802 peminat menghadiri hari ketiga Boxing Day Text di stadium ikonik Melbourne itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI