PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan penumpuan angin akan bermula Sabtu ini sehingga 4 Januari berdasarkan analisis model-model cuaca.
Menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini, MetMalaysia berkata keadaan itu menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di selatan Semenanjung dan barat Sarawak.
“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya.
Ujarnya, orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE